Tuesday, August 3, 2010

164. KENNETH COLE REACTION - JAM SANTAI.../ A CASUAL WATCH

Jam tangan harian yang saya gunakan silih bertukar ganti mengikut cita rasa dan keperluan. 

Antara jam yang saya sayang dan gemar memakai ke majlis santai adalah sebuah jam Kenneth Cole Reaction. Jam tangan berkuasa quartz belian tahun lalu ini selalu saya gunakan kerana ia nampak casual, kemas dan ringkas. 

Jam ini menggunakan Japan movement. 

Tali jam daripada bahan getah  dilengkapkan untuk keselesaan pemakai.

Bentuk case keluli tanpa karat yang tidak konvensional dilengkapi dengan dial disusun rapi dengan fungsi 24 jam dan takwim satu bulan menambah gaya kesahajaan.

Walau pun model harga patut ini bukanlah jenis heavy duty tetapi reka bentuknya yang bersahaja menjadikan jam keluaran Kenneth Cole Reaction ini sangat padan sebagai sebuah jam untuk majlis santai...

KENNETH COLE REACTION- A CASUAL WATCH

The watch I wear daily is dictated by the mood and need of the day.

This Kenneth Cole Reaction model is one of the favourite for casual function due to its simple design and clear functions of the dial. The rubber strap provides the hugging feeling of confidence on the wrist.

It might not be a model meant for heavy duty used, still this inexpensive model often got pick up by me for casual meet like evening tea sessions with friends.

No comments:

Post a Comment

Share this post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...