Changed the strap to a dark blue calf leather to provide a contrast to the grey dial. I thought it looked rather cute and pretty.
The petite size of the case allows the flexibility of the watch to be suitably worn both by men and ladies. I mean men with small wrists. So, until this day it never fits this wrist of mine of size XL.
Never mind, I can just place it among other ladies watches in the box where it will remain until I find the right lucky lady.
Even then... I don't really know whether she has a liking to this vintage beau called Leonard
SEBUAH JAM VINTAGE LEONARD YANG RINGKAS TAPI KEMAS
Dibeli sedikit waktu dahulu pada harga istimewa daripada seorang rakan blogger yang saya amat hormati dan sanjungi. Sememang jam tidak mahal tapi saya tertarik kerana bentuk dan gayanya yang ringkas tapi kemas. Padanan tali kulit berwarna biru tua dan dial kelabu nampak terserlah. Cuma jam yang genit membataskan kewajaran jam ini berada dilengan saya yang bersaiz XL.
Tapi takde masalah kerana masih sesuai sebagai jam wanita. Nak diserahkan pada ibu, sememangnya ibu kurang minat dengan jam yang dimamah usia. Namun saya masih yakin jam seindah begini tentu berseri dipakai oleh seorang puteri.
Sementara itu, simpan sajalah dulu dalam kotak jam bersama koleksi 'ladies watches' yang lain.
Barangkali ada yang sudi memakai di suatu waktu nanti...mana tau kan?