Sunday, January 3, 2010

22. MELANGKAH KE TAHUN BARU DENGAN AZAM BARU

Sepanjang tahun 2009 sebanyak 20 buah jam tangan telah dipertontonkan. Ada jam lama dan ada jam baru. Semuanya ditawarkan pada harga patut. Banyak juga enquiries diterima tapi tak banyak jam yang terjual. Tapi itu bukanlah persoalan kerana saya masih mencari-cari segmen pemasaran dan produk yang bertepatan dengan kehendak pasaran.

Sememangnya adat berjual kalau ada orang berkenan dia beli. Kalau tak laku pun bukan rugi jam tetap jadi koleksi.

Syukur, selama 19 hari blog ini bersiaran, melebihi 1,000 hits pelawat daripada 16 buah Negara telah singgah menjenguk blog yang tidak seberapa ini. Ini adalah satu penghormati bagi saya, budak baru belajar dalam dunia arloji.

 Untuk tahun 2010 saya akan usahakan posting pelbagai jenis jam gandingan baru dan lama untuk ditawarkan kepada pengunjung. Beberapa pengubahsuaian juga mungkin perlu dilakukan.

Kepada pengunjung blog ini, terima kasih dan teruskan kunjungan. Kepada pengunjung baru, Selamat Datang saya ucapkan sepertimana juga saya mengalu-alukan kehadiran tahun 2010.

Semoga tahun 2010, Allah akan memberikan kita lebih sinar keceriaan, di murahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dianugerahkan kedamaian dan ketenangan hidup.

1 comment:

  1. Salam
    Selamat tahun baru
    Semoga tahun 2010 nih bawa kebahagiaan kepada kita semua. dan semoga dunia jam semakin maju
    Ameen

    ReplyDelete

Share this post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...